Cacat penglihatan bukan alasan tidak ke sekolah

Darwisy (tengah) bersama ibunya Nurain (hujung kanan) dan kakak (hujung kiri)

Oleh: Akmal Azlan

Kuala Lumpur, 14 Disember 2019 – Adik Muhammad Darwisy Afiq, 10, cacat penglihatan semenjak lahir tidak menghalang dirinya untuk terus pergi ke sekolah bagi memperoleh ilmu pengetahuan.

Darwisy merupakan salah seorang penerima bantuan persekolahan di bawah program “Get Back to School 2020” hari ini menyatakan perasaan gembira apabila menerima sejumlah wang ringgit dan beg persekolahan semasa majlis penyampaian di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Menurut adik Darwisy, dirinya amat meminati subjek Sains di sekolah dan serta bergiat aktif dalam sukan bola kategori OKU.

Adik Darwisy ditemani ibunya Nurain Shadan, 35, juga menyatakan hasrat terima kasih dan syukur kerana dua orang anaknya layak menerima bantuan ini.

“Saya berterima kasih kepada pihak MARA dan bersyukur kerana dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Walaupun anak saya, Darwisy yang cacat penglihatan, dia sentiasa rajin hadir ke sekolah dan begitu sangat aktif dalam sukan bola.

Anak saya sering berkata kepada saya tentang hasratnya untuk menjadi atlet negara Malaysia dalam bidang sukan yang diminatinya,” kata Nurain.

Penyampaian ini disampaikan oleh YB Rina Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, yang memanfaatkan 1000 penerima bantuan peringkat Parlimen Titiwangsa bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.

Pelajar (OKU) juga cacat penglihatan menerima sumbangan bantuan persekolahan oleh YB Rina Harun, Menteri KPLB.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.