Program Kecemerlangan Pelajar IPMA buka lebih peluang ke luar negara

YB Rina Harun bersama graduan cemerlang IPMA

Kuala Lumpur, 5 Disember 2019 – MARA mewujudkan program Kecemerlangan Pelajar IPMA (IPMA Excellent Students Programme-IESP) dengan membuka lebih peluang kepada pelajar-pelajar IPMA yang memperoleh CGPA 3.90 ke atas untuk memohon melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengadakan Majlis Hi-Tea bagi meraikan 98 graduan cemerlang dan 76 orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar dari Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bersama Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Fokus utama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membangunkan modal insan negara adalah melalui aktiviti pendidikan dan keusahawanan. Aktiviti pendidikan ini memfokuskan kepada dua pendekatan iaitu melalui penyediaan program latihan dengan penubuhan institusi pendidikan dalam pelbagai peringkat. Manakala yang kedua adalah melalui penyediaan program pinjaman pelajaran bagi membantu pelajar dari golongan pelajar cemerlang.

Antara pelajar IPMA yang mendapat tawaran ke luar negara adalah dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) searamai 14 orang pelajar, MARA Japan Industrial Institute (MJII) 1 pelajar, German Malaysian Institute (GMI) 5 orang pelajar, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 13 orang pelajar dan 2 orang pelajar dari Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) serta 40 orang pelajar dari Kolej Poly -Tech MARA. Pelajar-pelajar ini akan melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di Australia, Jerman, New Zealand dan juga Jepun.

Sebanyak RM2 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program penganjuran pelajaran di dalam dan luar negara. Dijangka seramai 50 ribu orang pelajar akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.