Pelajar Kolej MARA Seremban raih gangsa International Youth Mathematics Challenge (IYMC)

Amir Firdaus antara penerima pingat gangsa

Kuala Lumpur , 5 Disember 2019 – Pelajar Kolej MARA Seremban telah memenangi pingat Gangsa dalam International Youth Mathematics Challenge (IYMC).

Menurut Pengarah Kolej MARA Seremban, Dr. Sa’aidah Abdul Rahman, IYMC merupakan antara pertandingan Matematik atas talian yang terbesar untuk disertai pelajar di seluruh dunia.

Ini merupakan medium terbaik dalam memberi pendedahan internasional kepada para pelajar kolej yang mempunyai kecenderungan dalam bidang Matematik dan Kejuruteraan.

Pemenang pingat adalah terdiri daripada ketiga-tiga program yang sedang dijalankan di Kolej MARA Seremban iaitu A-Level, International Baccalaureate dan Asasi UTM-MARA.

“Pelajar – pelajar ini komited selama hampir 3 bulan pertandingan berlangsung dan mencuba sehabis daya untuk bersaing dalam meletakkan diri mereka sebaris dengan jagoan dunia yang lain,” kata Dr. Sa’aidah.

Pelajar-pelajar yang telah berjaya memperoleh  pingat dalam pertandingan ini adalah Iqbal Bin Lokman, Muhammad Firdaus Bin Aziz @ Awang, Aiman Yazid Bin Ahmad Mahmud, Amir Firdaus Bin Rosman, Altaf Aiman Bin Sezili dan Nur Shahirah Huda Binti Khairuddin.

 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.