Program HiT Barber merupakan sebuah program khas bagi membangunkan usahawan barber atau dandanan rambut ke peringkat lebih tinggi lagi dari yang sedia ada.Usahawan yang mengikuti program ini akan menjalani latihan dalam beberapa fasa iaitu latihan kemahiran, pemasaran dan jenama serta latihan pembangunan usahawan.
Bagi memastikan program HiT Barber ini mempunyai imej dan konsep yang tersendiri dalam bidangnya, perunding program HiT Barber En. Khal Shah Aman bin Khalil telah membuka Outlet HiT Barber di Medan MARA pada awal Julai 2019.
Melalui outlet ini, semua peserta program HiT Barber akan mengikuti konsep dan SOP yang telah ditetapkan. MARA berharap agar Outlet HiT Barber ini dapat dibuka di seluruh Malaysia dan berupaya menjadi satu jenama perkhidmatan dandanan rambut pilihan ramai.
Pada peringkat permulaan, terdapat 10 cawangan HiT Barber dalam proses untuk dibuka. En. Khal Shah Aman sebagai perunding program ini berharap konsep yang diperkenalkan oleh MARA, boleh membuka mata masyarakat mengenai perniagaan ini yang dapat memberi pulangan yang baik, jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Sumber: BTKM