WISE menutup tirai di Kelantan

WISE Labuh Tirai di Kelantan

YB Rina dalam majlis penyampaian cek pembiayaan perniagaan MARA bersempena WISE di Kelantan

Kelantan, 22 November- Sambutan penganjuran program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE) di Negeri Kelantan amatlah menggalakkan, ini kerana WISE di Kelantan merupakan destinasi yang ke-sepuluh yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sejak tahun lalu yang bermula dari Negeri Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Sabah, Terengganu, Pahang, Perak dan Melaka.

WISE 2019 melabuhkan tirainya di Kelantan Trade Centre (KTC) Kelantan pada 20 hingga 21 November, telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPLB YBhg. Dato’ Murad Sayang dan Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Azhar Abdul Manaf.

Menurut YB Rina dalam ucapannya berkata, “WISE berperanan sebagai solution platform kepada usahawan wanita mendepani cabaran persaingan dalam dunia keusahawanan selain memberi pendedahan tentang Multitasking skills dalam mencapai keseimbangan kehidupan yang menuntut kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan”.

“WISE juga berperanan sebagai solution platform kepada usahawan wanita dalam mendepani cabaran persaingan dalam dunia keusahawanan, selain membantu meningkatkan potensi dan keupayaan usahawan wanita melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik, berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya tahan dalam dunia perniagaan global.”

“Penganjuran WISE di sembilan lokasi turut membantu membangunkan seramai 4,500 orang usahawan baru dan sedia ada.” katanya.

WISE di Kelantan dengan sasaran 500 usahawan Bumiputera telah berjaya dalam membantu dan menyalurkan pendedahan tentang multitasking skill seterusnya berjaya melonjakkan penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan melalui pelbagai pengisian yang diadakan antaranya pemadanan perniagaan, perkongsian kepakaran melalui slot ceramah dan lain-lain lagi.

Selain itu, WISE peringkat Negeri Kelantan ini turut diserikan lagi dengan penyampaian pembiayaan perniagaan kepada 10 orang penerima, antaranya 3 penerima BASE dan 7 penerima skim pembiayaan PUTRA. BASE merupakan satu kemudahan yang disediakan bagi menbantu meningkatkan prestasi dan produktiviti syarikat serta menyelesaikan masalah melalui khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan. Manakala skim pembiayaan PUTRA adalah satu pembiayaan yang memfokuskan kepada usahawan belia yang berumur bawah 40 tahun bagi melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan tiada cagaran.

Menurut Sarah, salah seorang usahawan dan pempamer dalam program WISE ini berkata, “penganjuran WISE di Kelantan ini sangat banyak membantu saya meningkatkan jualan dalam perniagaan dan semangat untuk terus berjaya melalui pelbagai pengisian dan perkongsian, dan saya harap saya dapat sertai WISE lagi pada tahun akan datang.”

WISE terus memastikan penghasilan produk usahawan terus kekal relevan di pasaran tempatan, MARA juga terus komited dalam memperkasakan usahawan yang berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui program-program khas seperti Gate to Global (GTG), Brand Transformation Workshop (BTW), Export Management Training, Integrated Marketing Communication & Activation dan lain-lain program latihan yang berimpak tinggi.

MARA satu-satunya agensi yang mempunyai ekosistem pembangunan keusahawanan yang lengkap mengandungi elemen-elemen pembangunan modal insan, pembangunan business atau perniagaan, menyediakan fasiliti sokongan untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka dan memperkasakan rangkaian niaga menerusi aktiviti B2B dan B2C, pembangunan dan pensijilan produk seperti MESTI, GMP, HALAL, HAACP dan sebagainya.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.