Inovasi Dleksiagame KPTM Raih Anugerah Inovasi Perdana 2019

Oleh : Aiman

Kuala Lumpur, 14 November 2019 – Inovasi permainan video disleksia dari KPTM Batu Pahat yang dibangunkan bagi membantu kanak-kanak disleksia dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Perdana 2019 dalam Majlis Anugerah Inovasi MARA 2019.

Permainan video telefon pintar yang diberi nama ‘Dleksiagame’ merupakan satu alat untuk mengesan tanda awal ciri-ciri disleksia yang terdapat pada kanak-kanak.

Ia mengaplikasikan tiga teori diskleksia yang terdapat pada mana-mana ujian saringan disleksia melalui permainan interektif yang lebih menyeronokkan.

Menurut Muhd Hanis Harun, wakil kumpulan dari KPTM Batu Pahat, inovasi yang dicurahkan dalam penghasilan permainan video ini mampu membantu saringan ujian dilakukan dengan lebih meluas, pantas, dan efektif.

“Seperti mana yang kita ketahui, ujian saringan disleksia yang diamalkan sekarang agak bosan kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang berumur 6 hingga 12 tahun. Jadi apa yang kita cuba buat disini adalah untuk membantu dengan menghasilkan saringan ujian yang lebih interaktif dan ‘kid friendly’,” katanya.

Hanis turut berkongsi mengenai cetusan idea untuk menghasilkan permainan video ini.

“Idea untuk kita cipta permainan ini tercetus apabila salah seorang daripada ketua projek kami mempunyai anak disleksia. Beliau merasakan sesuatu perlu dibuat dan daripada itu kami berjumpa dengan persatuan disleksia untuk membincangkan apa yang sewajarnya kami lakukan,”katanya lagi.

Tambah beliau, permainan video ini lebih mudah untuk digunakan dan mampu memberikan pengalaman yang lain kepada ibu bapa dan juga anak-anak mereka yang menghidap penyakit disleksia selain dapat menjimatkan kos rawatan di luar.

Hanis berkata lagi, permainan video ini lebih mudah untuk digunakan dan mampu memberikan pengalaman yang lain kepada ibu bapa dan juga anak-anak mereka yang menghidap penyakit disleksia selain dapat menjimatkan kos rawatan luar.

Selain dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Perdana 2019, KPTM Batu Pahat juga turut meraih Anugerah Inovasi Khas Juri.

Empat lagi daripada Inovasi Slans (MRSM Tun Ghafar Baba & KKTM Ledang), Kampong Code (MRSM Sandakan), Eco Rainwater System (MRSM Baling), dan Smart Spring Opener (KKTM Kuantan) telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Juri
Selain itu, lima daripada Inovasi Online RPH using Onenote (MRSM Bentong), Sejarah Itu Mudah Dengan Facts Sejarah (MRSM Transkrian), MTac System (Pusat Giat Ulu Langat, Selangor), EZT Tool (KKTM Sri Gading), dan Flexsilk (KKTM Kuantan) telah dinobatkan sebagai pemenang Augerah Inovasi Harapan.

Manakala 15 Inovasi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Aspirasi iaitu Inovasi Hostel Mgmt System (KM Seremban), Klik MARA (KM Banting), Smart Filing System (PMN N. Sembilan), Cryptogame, (MRSM Tawau), Bembu-Ace (MRSM Sandakan), Cell Come To Life (MRSM Tawau), Chem Bond Sticks Kit (KM Kulim), Vokards (MRSM Parit), E-Cost Box (KPM Beranang), Easy Binder Tape (KKTM Kuantan), Ezyhusk, UPR-CS-NFFE Composite Panels, EZ Rest, Lamp Tester, dan Lightweight Prosthetic Leg.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf.

Hadir sama panel juri dari DRB-HICOM Berhad, Irme Rafhan Ibrahim, Skywiki Consulting, Megat Zainurul Anuar Megat Johari, Avanzado Briliante Associates, Mohd Zikrul Hakim Noor, Freeschool.my, Jazbirizla Zainal Abidin dan Kolej MARA Kuala Nerang, Dr. Nabilah Hashim.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.