Hari Inovasi KPMB 2019 Semai Nilai Kreativiti Warga Kerja

Bertemakan pakaian Kesultanan Melayu, warga kerja KPMB tampil memperagakan pelbagai fesyen semasa majlis tersebut.

Nilai, 6 November 2019 – Seramai 139 orang Kakitangan Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) diraikan dalam program tahunan Hari Inovasi KPMB 2019 yang bertemakan ‘Inovasi Pemangkin Kecemerlangan Organisasi’ anjuran Unit Inovasi & Teknologi Hijau KPMB.

Penganjuran program ini adalah usaha mengangkat usaha-usaha kakitangan KPMB secara kolektif ke arah peningkatan kualiti, produktiviti dan inovasi secara berterusan serta turut menyemai nilai kreativiti,inovasi, semangat kerjasama dan amalan nilai-nilai murni dalam perkidmatan awam.

”idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam beberapa aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kepada organisasi telah menghasilkan produk-produk inovasi yang dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan,” kata Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah, Tuan Haji Kamaruzaman Jaffar ketika merasmikan program tersebut.

Beliau juga memuji usaha gigih pengurusan KPMB kerana menyediakan platform kepada kakitangan dalam menyalurkan idea-idea kreatif dan memberi sokongan dalam mengetengahkan hasil-hasil inovasi tersebut.

Dalam majlis tersebut, KPM Beranang juga turut mengiktiraf warga kerja yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Antaranya kategori Anugerah Kakitangan Cemerlang yang dianugerahkan kepada Saidatol Akmar Alias, Nur Ilyani Binti Basir@Bashir, Siti Nur Samawati Ahmad, Muhamad Zahirudin Mohtar, Noor Qamariah Binti Md Sah, Norahani Ghani, Rozie Ezrina Shuhimi, Raja Mahani Raja Mohamed Ali, Masuri Masood, Norzaidatulnadiyah Azman, Nur Adzrina Ishak, Mariyah Manaf, Mohd Anas Zaidi dan Syahrul Izwan Mat Safar.

Turut dipertandingkan anugerah inovator KPMB yang dinobatkan kepada Faizah Idris, Masuri Masood dan Syahrul Izwan Mat Safar.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.