Integrity Hour@MARA : Komited jadikan MARA bebas rasuah, berintegriti

Pengurusan MARA pamer plakad integrity hour@MARA sempena Sambutan Hari Intergriti.

Oleh : mfadhly

Kuala Lumpur, 12 November 2019- Sempena Hari Integriti yang disambut pada bulan November setiap tahun, MARA mengadakan slot Integrity Hour@MARA secara serentak di semua pusat pentadbiran MARA seluruh negara.

Slot Integrity Hour@MARA selama 30 minit ini bermula jam 2.30 hingga 3.00 petang secara serentak semalam adalah berkonsepkan sesi perkongsian berkaitan aspek integriti.

Panduan sesi perkongsingan bertajuk “Nilai Murni Dihayati, Integriti Di Hati” ini bertujuan dapat meningkatkan penghayatan dan kesedaran seluruh warga MARA terhadap kepentingan integriti khususnya sebagai penjawat awam.

Warga MARA turut menyemarakkan program ini dengan mempamerkan plakad Integrity Hour@MARA dan memuat naik gambar menggunakan hashtag #MARAbebasrasuah di laman sosial.

MRSM Sultan Azlan Shah

IKM Kuala Lumpur

MRSM Kuantan

MRSM Mersing

MRSM Balik Pulau

KPM Ayer Molek

Bahagian Komunikasi Korporat MARA

MARA sentiasa komited dalam merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia bebas rasuah dan berintegriti.

 

This entry was posted in Korporat and tagged . Bookmark the permalink.