Program Larian Kesihatan KPMB dapat sambutan

Staf KPMB antara peserta larian

Beranang, 04 November 2019 – Seramai 108 orang staf dan 620 orang pelajar KPMB telah menyertai Program KPMB 3KM Fun Run : Run for Our Health. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Pembangunan Staf dengan kerjasama  Kelab Warga Mesra, Unit Ko-Kurikulum dan Majlis Perwakilan Pelajar KPMB sempena Bulan sukan negara bulan oktober 2019. Semangat kenegaraan ini harus dirai dengan penuh rasa semangat dan cintakan Negara.

Menurut Pengarah  KPMB, Dr Mumtaz Begam Binti Abdul Kadir berkata program ini diadakan bertujuan menyokong usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam membudayakan sukan dalam sektor korporat. Program ini telah berlangsung di sekitar kawasan KPMB.

“Program KPMB  3KM Fun Run : Run for Our Health” mampu membangkitkan semangat kesukanan  dalam diri warga KPMB dan menggalakkan semua warga kerja untuk beriadah dan menjalankan gaya hidup sihat”. Malahan program ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga kerja dan pelajar.

Program  bertujuan untuk mendidik seluruh warga KPMB untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal. Disamping itu juga, secara tidak langsung program ini juga dapat menghiburkan dan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh warga KPMB.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.