Lebih 300 peserta meriahkan MARA Eco Green Run & Ride 2019

Peserta larian bersedia untuk dilepaskan. Foto Mizi BTKM

Oleh : mfadhly

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2019- Bertepatan dengan Bulan Sukan Negara, ‘MARA Eco Green Run & Ride 2019’ berjaya menarik penyertaan lebih 300 peserta pelbagai peringkat usia termasuk golongan kanak-kanak.

Larian santai sejauh 7km bermula dan berakhir di Medan MARA dianjurkan bersama M’Runners Community (M’Runners) dan MARA Cycling Club (MCC).

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf diiringi ahli pengurusan MARA.

Menurut peserta larian juga warga kerja MARA, Hasrulnudin Ahmad, program ini sangat sesuai bagi komuniti MARA dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat.

“Program ini sangat sesuai bagi komuniti MARA selain dapat mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri,” katanya.

Bagi pelajar tingkatan 4 MRSM Sungai Besar, Nur Hidayah Muhd Khairi, program ini sangat bagus diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan pelajar-pelajar MRSM.

“Program ini sangat bagus dan ini kali pertama saya turut serta dan rasa amat seronok, sambil berlari kita juga dapat melihat pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur,” katanya.

This entry was posted in Korporat and tagged , . Bookmark the permalink.