Arca MRSM KB/PC mercu tanda ANSARA Kota Bharu

Kota Bharu, 10 Oktober 2019- Arca MRSM KB/PC di tapak MRSM Pengkalan Chepa merupakan satu mercu tanda istimewa di bawah projek kelolaan ANSARA Kota Bharu.

Keunikan arca ini adalah pada bata-bata yang dibina sebagai asasnya (base), di mana setiap bata ditawarkan khas kepada ahli-ahli ANSARA KB melalui Program Buy-a-Brick.

Hasil kutipan jualan bricks ini digunakan untuk menampung kos pembinaan arca tersebut dan selebihnya untuk menampung kos penyelenggaraan aktiviti-aktiviti ANSARA KB pada masa hadapan.

Pembinaan arca ini bermula pada awal Januari 2019 dan siap sepenuhnya pada 25 Mac 2019.

Terdapat sebanyak 666 biji bata kesemuanya, dan harga brick adalah mengikut 3 kategori: Emas RM1000, Perak RM500 dan Gangsa RM250.

Majlis Perasmian Signage (Arca) MRSM KB/PC anjuran ANSARA Kota Bharu dengan kerjasama MRSM Pengkalan Chepa ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Azhar Abdul Manaf. Ia adalah susulan kepada sambutan Ulangtahun ke-25 penubuhan ANSARA Kota Bharu tahun lepas.

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.