Strategi Betul Pilih Kursus Pengajian Yang Sesuai

Anda masih was-was dalam memilih kursus pengajian di IPTA/IPTS/Institusi Pendidikan MARA (IPMA)? Kursus yang anda minat, tapi risau tidak bersesuaian dengan keputusan peperiksaan anda. Ada juga kursus yang anda minat, tapi anda ragu-ragu untuk memilihnya.

Usah menjadikan ia sebagai satu permasalahan yang besar. Ianya dapat diselesaikan dengan berpandukan kepada 5 tips ini. Selebihnya, terpulang kepada anda sama ada ingin terus pilih kursus yang anda di idamkan ataupun sebaliknya. Apa jua yang berlaku dan bakal berlaku, pastikan ia membawa kebaikan dan manfaat kepada anda.

5 Strategi Pilih Kursus Pengajian 

1) Mengenal Pasti Kebolehan Diri
Sebelum anda memilih kursus di IPTA/IPTS/IPMa nanti, pastikan anda telah mengkaji segala kebolehan yang milliki. Contohnya di sini, jika anda berkebolehan dalam baiki kenderaan, anda boleh memilih aliran TVET. Jangan la pula, anda berkebolehan dalam memasak, tetapi ingin memilih kursus perubatan. Tapi sekiranya jika anda berkeyakinan tinggi untuk kursus lain selain daripada kebolehan anda, ia tidak menjadi masalah.

2) Sedia Maklum Dengan Cita-Cita Anda
Jika anda telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang jurutera, anda boleh memilih kursus kejuruteraan. Ini membantu meningkatkan semangat anda untuk belajar seiring dengan cita–cita yang telah anda pasangkan.

3) Meminta Pendapat Orang Lain
Minta pendapat dan pandangan daripada seseorang yang lebih arif seperti kaunselor dan guru-guru anda atau datang ke Karnival IPMa yang bermula pada 20 hingga 22 September 2019 di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Teliti satu-persatu pendapat dan pandangan mereka terhadap kursus-kursus yang telah menjadi senarai anda. Dengan ini, ia dapat mengurangkan bebanan anda untuk memilih dan membuat keputusan.

4) Senaraikan kelebihan dan kekurangan dalam setiap bidang
Sekiranya anda mempunyai beberapa senarai pendek kursus yang ingin anda ambil, buatlah kajian dahulu terhadap kesemua kelebihan dan kekurangan kursus-kursus tersebut. Cara ini bagi mengelakkan berlaku penyesalan terhadap diri anda apabila tersalah membuat keputusan.

5) Melihat peluang pekerjaan
Pastikan anda melihat peluang pekerjaan di pasaran bagi kursus yang anda ingin ambil. Pastikan juga sama ada berapa ramai yang mengambil kursus tersebut. Ini amat penting untuk memastikan anda tidak mengalami masalah pengangguran mahupun persaingan yang kuat selepas tamat pengajian.

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.