Lepasan SPM dan belia disaran rebut peluang sambung belajar di IPMA

Oleh : mfadhly

Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan kepada para pengunjung terutamanya lepasan SPM dan golongan belia berkenaan tentang peluang-peluang meneruskan pengajian setelah tamat alam persekolahan.

MARA mengambil inisiatif ini bagi membolehkan pelajar yang memiliki apa jua keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Selain itu, melalui karnival ini ia dapat membantu mereka untuk membuat pilihan yang lebih tepat dalam merencanakan halatuju mereka ke menara gading sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.

Penganjuran Karnival IPMA juga adalah satu platform memperkenalkan institusi pendidikan di bawah MARA yang terdiri daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), German-Malaysian Institute (GMI), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), Kolej Profesional MARA (KPM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej MARA (KM), GIATMARA dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Menariknya karnival ini juga akan turut mengadakan ujian minat kerjaya yang mana ianya dapat membantu pelajar memilih bidang dengan lebih sesuai.

Antara aktiviti lain untuk pengunjung adalah seperti pertunjukan combat robot, kelas membuat bubble tea, teknologi water transfer, kelas membuat tanjak dan pertandingan beyblade.

Pelajar-pelajar lepasan SPM khususnya mereka yang ingin bergelar graduan MARA disaran merebut peluang untuk hadir di Karnival IPMA 2019 pada 20 hingga 22 September 2019 (Jumaat hingga Ahad), bertempat di ruang legar Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.