10 saat kupas kelapa

INOVASI CocoCut yang dihasilkan tenaga pengajar GiatMara Bachok, Fauzi Zakaria ternyata mampu dikembangkan dalam pasaran tempatan dan luar negara.

PERNAH terfikir untuk mengupas kelapa dengan hanya mengambil masa beberapa saat? Membakar lemang tanpa diseliputi asap yang memedihkan mata?

Hal itu bukan menjadi satu perkara mustahil lagi apabila institusi latihan kemahiran, GIATMARA mara ke hadapan dengan menghasilkan inovasi membantu golongan sasaran.

Terbaharu, mereka merintis teknologi CocoCut, Mesin Pembakar Lemang Berirama dan beberapa inovasi lain.

Kejayaan menghasilkan peralatan yang memberi manfaat kepada industri membuktikan bahawa GIATMARA bukan hanya sekadar memberikan peluang kedua kepada pelajar dalam bidang kemahiran.

Reka cipta yang dihasilkan juga bukan calang-calang apabila pelatih GIATMARA diiktiraf di peringkat global apabila menerima pengiktirafan Medallion of Excellence WorldSkill Competition 2019 Kazan Rusia.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/46427/SISIPAN/Trend/10-saat-kupas-kelapa

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.