MERCU 2019 bantu memperkasa usahawan

Oleh : mfadhly

MERCU 2019 merupakan platform terbaik bagi  memperkasakan usahawan dijangka menerima kehadiran sehingga 15,000 pengunjung dalam program kemuncaknya selama tiga hari mulai Jumaat ini.

Pelbagai pengisian diatur di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak di sini antaranya seminar keusahawanan, pemadanan perniagaan, program khas keusahawanan, pameran perniagaan dan jualan, klinik keusahawanan, business pitching, food truck di samping pameran Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Program bertemakan ‘Aspirasi Keusahawanan Bumiputera’ akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, di RTC Gopeng pada 3.00 petang, Jumaat ini.

Usahawan-usahawan diberi peluang melancarkan produk baharu dan penjenamaan produk menerusi platform MERCU ini.

Selain itu, penganjuran program ini secara tidak langsung membuka peluang kepada usahawan untuk mendapatkan maklumat berkenaan program latihan dan fasiliti sokongan yang berupaya membantu untuk membangunkan usahawan, meningkatkan kapasiti syarikat, meluaskan akses pasaran produk hingga ke pasaran antarabangsa.

Pengunjung juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti Hit Barber Battle, Festival Food Truck, pertandingan Mobile Legend, Football PES 2020 dan pelbagai lagi.

Orang ramai khususnya mereka yang ingin bergelar usahawan disaran merebut peluang untuk hadir di MERCU.

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.