U.n.i FARMASI Diperkenalkan

Kuala Lumpur, 10 September 2019 – Dalam perkembangan lain, MARA berhasrat meneruskan program ProSPEC dalam bidang farmasi pula yang dilihat amat signifikan bagi mewujudkan jaringan farmasi Bumiputera di bawah satu jenama dan satu konsep yang mampu menawarkan harga perkhidmatan mampu milik.

MARA menyasarkan seramai 20 peserta untuk mengikuti ProSPEC dalam bidang farmasi dengan kelayakan minimum dan 10 orang akan dibiayai di mana pemilihan dijangka berlangsung September ini, disusuli latihan berstruktur, permohonan skim pembiayaan dan pewujudan outlet farmasi mengikut konsep yang disediakan.

Bakal usahawan akan diberikan pendedahan dalam pengurusan perniagaan di mana proses tersebut berlangsung berorientasikan produk, aplikasi dan operasi dalam bidang farmasi.

Sekurang-kurangnya 5 outlet farmasi dijangka dapat diwujudkan menjelang Disember 2020 di bawah jenama U.n.i Farmasi.

Pada masa ini, terdapat 22 universiti di Malaysia yang menawarkan program ijazah farmasi dengan lepasan pelajar seramai  4,400 orang/tahun, sementara MARA menaja seramai 3,406 pelajar dalam jurusan farmasi bermula September 2013 sehingga Januari 2019.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.