‘Rumah Puzzle’ Hasil Kreativiti Pensyarah Kolej Profesional MARA Beranang Menangi Pingat Emas

Faizah (tengah) bersama rakan pensyarah yang menerima anugerah dalam penghasilan projek E-Cost Box

Oleh: Akmal Azlan

Kuala Lumpur, 5 September 2019 – Kreativiti penghasilan Alat Bantuan Mengajar (ABM) diberi nama ‘E-Cost Box’ mengandungi kepingan puzzle yang memerlukan pelajar membina sebuah ‘Rumah Puzzle’ secara ‘hands on’ bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran oleh pensyarah subjek ekonomi yang berjaya ungguli Gold Medal dalam pertandingan ‘National Innovation & Creativity Competition 2019’ di Johor Bahru baru-baru ini.

Idea penghasilan yang begitu kreatif dan mudah ini dicetuskan oleh Faizah, 35 pensyarah ekonomi dan diolah bersama oleh rakan pensyarahnya iaitu Farhana, Nadia dan Mohd Sabri. Insipirasi idea ini dilakukan menerusi kajian, pengalaman dan juga ilmu menceburi  dalam bidang ekonomi.

Rekaan khas dalam bentuk puzzle dihasilkan sebagai ABM yang memudahkan proses memahami pembelajaran subjek ekonomi melibatkan teori dan konsep kos pengeluaran seperti kos berubah, kos tetap dan lain-lain.

Projek E-Cost Box yang lengkap dengan input dipamerkan semasa berlangsungnya pertandingan.

Menurut Faizah, “ tujuan kami mereka ciptaan ini hanya memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar dengan mengaplikasikan konsep kos melalui cantuman Rumah Puzzle”.

“Setiap box yang diberikan mempunyai harga yang tersendiri. Perkara ini akan memudahkan pelajar memahami jumlah kos yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah rumah secara langsungnya,” katanya lagi.

Selain itu, Faizah selaku ketua kumpulan pensyarah projek Kolej Profesional MARA Beranang dalam pertandingan itu turut meluahkan perasaan gembira dan tidak menyangka penghasilan rekaan ABM mereka layak memenangi Anugerah Gold Medal dan mendapat Top 5 dari 34 peserta daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi.

Katanya, “saya memang tidak menyangka juri pertandingan memberi ulasan dan komen yang baik terhadap projek kami ini”

“Alhamdulillah. Saya bersyukur dan berasa amat gembira atas kejayaan yang kami perolehi.”

Persiapan kumpulan ini bermula semenjak awal tahun yang turut memenangi Anugerah Gold Medal dan Anugerah Khas Juri ketika menyertai Innovation Competition anjuran Bahagian Pendidikan Tinggi MARA yang diadakan di Kolej MARA Banting. Kemudian, mereka melihat potensi projek ini boleh pergi lebih jauh dan hasilnya semakin memukau selepas memenangi anugerah ini.

Faizah bersama rakannya juga merancang serta berhasrat untuk menjual ciptaan khas yang mensasarkan sekolah, IPTA, dan IPTS bagi membantu anak-anak pelajar semakin berminat dan memudahkan pelajar memahami subjek ekonomi.

Setakat ini, pensyarah hebat Kolej Profesional MARA Beranang ini bercadang menjual produk mereka dengan harga yang murah kira-kira RM100 sahaja yang tidak melebihi dari harga tersebut jua tidak kurang daripada RM50.  Apa yang penting adalah pelajar lebih mudah dan senang memahami subjek ekonomi di dunia yang semakin global ini.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.