Semangat Patriotik MARA Mantapkan Agenda Pembangunan Bumiputera

Warga KPM Ayer Molek bersama YBhg Dato’ Azhar Abdul Manaf dan ahli pengurusan MARA mengibarkan jalur gemilang

Oleh: Waheeda MN

Melaka, 4 September – Sambutan perhimpunan kemerdekaan peringkat Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bertemakan Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih menyemarakkan lagi semangat untuk bersatu melipat gandakan usaha ke arah menjadikan MARA sebuah organisasi mantap bagi meneruskan agenda pembangunan Bumiputera.

Ketua Pengarah MARA, Azhar Abdul Manaf berkata, “saya berharap agar perhimpunan kita ini dapat meningkatkan lagi semangat bersama-sama untuk menjadikan MARA sebuah organisasi yang meneruskan agenda pembangunan Bumiputera.”

“Sambutan pada kali ini yang diadakan di luar Ibu Pejabat MARA, mengapa Melaka kerana Melaka merupakan Negeri bersejarah di mana beratus tahun dahulu menjadi Negeri pertama di Tanah Melayu yang telah dijajah oleh Portugis 130 tahun yang lampau,” ujarnya lagi.

Kumpulan Koir MARAVoice

Sambutan ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan deklamasi sajak oleh pelajar KPM, nyanyian koir dari Kumpulan MARAVoice serta diikuti dengan laungan merdeka sebanyak 3 kali yang disambut oleh 1000 suara pelajar KMP dan warga MARA yang hadir.

Majlis ini juga diteruskan lagi dengan program kerohanian majlis Tahlil, bacaan Yassin dan ceramah keagamaan oleh Ustaz Jowel. Selain itu turut diadakan MARA Fit bersama warga kerja MARA di sini.

Majlis yang berlangsung ini  dihadiri oleh YBhg Dato Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, Puan Rohayah Md Zin, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan  dan pengurusan MARA serta Subsidiari MARA.

This entry was posted in Korporat, Lain-Lain. Bookmark the permalink.