Kuala Lumpur, 30 Ogos 2019 – Malaysia #QuranHour disemarakkan di seluruh pusat MARA termasuklah ibu pejabat MARA.
Antara tujuan kempen #QuranHour di MARA adalah untuk meramaikan umat Islam khususnya komuniti MARA supaya sentiasa mentadabbur kitab suci al-Quran.
Kempen ini bukan sahaja mempromosikan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan umat Islam malah menaikkan imej Islam dan menyuntik semangat mendalami, menghayati serta mempraktikkan ajaran terkandung di dalam al-Quran.