Kolej MARA Seremban Raikan Graduan Cemerlang 2019

Graduan lelaki KMS bersama Dato’Roseli dalam sesi fotografi

Oleh: Akmal Azlan

Seremban, 30 Ogos 2019 – Bertemakan ‘Perkasa Di Persada Dunia’, pelajar Kolej MARA Seremban (KMS) meraikan 295 graduan semalam menjadi kebanggaan serta menerima pujian sifat rendah diri pelajar di sini oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Dato’ Mohamed Roseli Dol di dalam Majlis Graduasi KMS 2019.

Menurut Dato’ Roseli dalam ucapannya, “Sokongan  kepada pelajar perlu diteruskan bagi memastikan kecemerlangan terus tercipta.”

Beliau memuji pelajar Kolej KMS bahawa sifat rendah diri dalam pelajar sebenarnya mereka dapat menerima ilmu dengan mudah.

“Teruskan lah sikap humble dalam menuntut ilmu di mana sahaja anda berada.”

Selain itu, pengajian di universiti tidak sama di kolej kerana ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana di universiti menjurus kepada “occupational based” atau berdasarkan kerjaya pekerjaan.

Dato’ Roseli menyampaikan ucapan ketika Majlis Graduasi KMS di CLCC.

“Setelah tamat nanti, anda mungkin menjadi doktor, jurutera, arkitek dan apa jua bidang kerjaya yg diceburi mestilah memberi menfaat kepada org lain,”

“Nak jadi doktor, biarlah memiliki hospital sendiri, nak jadi jurutera biar lah mempunyai syarikat sendiri agar boleh membuka banyak peluang perkejaan kepada orang ramai.”

Di samping ilmu teknologi dan akademik yang dikuasai perlu  seiring dengan peningkatan ilmu agama.

Tambahnya lagi, “apabila kita menjaga hubungan dgn Allah, kita dapat menguruskan kehidupan dengan sempurna dan bijaksana”

“Apa lah ertinya kehidupan kita di universiti tetapi gagal memasukkan diri ke dalam syurga Allah swt.”

Majlis Graduasi ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Dato’ Zulfikri Osman,Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan, Puan Rohaya Mohd Zain dan tetamu-tetamu jemputan di Casa Lagenda Convention Centre (CLCC) Negeri Sembilan.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.