GIATMARA pamer kemahiran TVET sempena sambutan bulan kebangsaan

Depan dari kanan : Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan MARA, Puan Rohayah Mohd Zain bersama pelatih GIATMARA

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2019 – Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan bulan kebangsaan ke-62 bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga kerja MARA.

GIATMARA tidak ketinggalan dengan menganjurkan program SPA & Kesihatan Merdeka yang telah bermula pada 26 hingga 30 Ogos 2019 di ruang legar ibu pejabat MARA pada jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang.

Menurut Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat GIATMARA, Nurzatul Baizura Dolmat berkata objektif program ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan menjalinkan kerjasama sesama warga MARA selain dapat mempromosikan latihan dan perkhidmatan yang disediakan GIATMARA.

“Program Terapi SPA Merdeka ini bukan sahaja menanam semangat patriotisme dan menjalinkan keakraban sesama warga MARA tetapi dapat mempromosikan latihan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh GIATMARA seperti manicure, pedicure, massage dan reflexology,” katanya

Seramai 10 orang peserta GIATMARA terlibat dalam program ini yang terdiri daripada GIATMARA Gombak dan usahawan GIATMARA.

“Kami libatkan bukan sahaja pelatih-pelatih GIATMARA Gombak tetapi lepasan GIATMARA yang berpengalaman dan sudah bergelar usahawan,” katanya lagi.

Bagi usahawan lepasan GIATMARA, Siti Nor Wahidah Mohamad berkata pengalaman mempamerkan kemahiran sempena sambutan bulan kebangsaan ini adalah buat kali pertama di MARA dan sangat bertuah berpeluang meningkatkan kemahiran menguruskan pelanggan selain memantapkan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan.

Usahawan lepasan GIATMARA, Siti Nor Wahidah Mohamad

“Ini buat kali pertama saya terlibat dengan program ini sempena bulan kebangsaan di MARA dan saya rasa amat bertuah diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran saya bukan sahaja perkhidmatan kecantikan dan kesihatan tetapi bagaimana mengurus dan melayan pelanggan yang pelbagai bangsa,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan MARA, Puan Rohayah Mohd Zain dalam sesi walkabout dan beliau juga tidak melepaskan peluang menggunakan perkhidmatan SPA di sini.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.