Pelajar MARA ke Luar Negara Harapan Bangsa dan Negara

Dato’ Azhar ketika menyampaikan ucapan pentutupan program di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Oleh: Akmal Azlan

Kuala Lumpur, 27 Ogos 2019 – Seramai 620 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal melanjutkan pengajian ke luar negara yang merupakan satu pencapaian membanggakan rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar dalam ucapannya menegaskan kepada pelajar untuk menyediakan visa dan passport ke luar negara dapat diuruskan dengan segera dan memberi perhatian terhadap perkara ini agar memudahkan proses perjalanan ke sana.

Katanya, “Dalam ramai-ramai yang memohon, kalian merupakan antara pelajar yang berjaya memperolehi pembiayaan MARA ke luar negara dan membawa sebuah harapan yang besar kepada kami semua”

“Ia merupakan satu taruhan besar anak-anak kepada ibu bapa dan negara.”

Harapan kerajaan adalah melahirkan bangsa yang menjadi pemimpin di masa yang akan datang sekali gus memberi harapan besar juga kepada MARA.

Selain itu, Dato’ Azhar turut mengingatkan kepada pelajar untuk menamatkan pengajian mereka tepat pada masa atau “graduate on time” untuk mengelak pembaziran penanggungan pembiayaan yang diberikan serta menjadi manfaat buat pelajar sendiri.

Ujarnya lagi, “Kita perlu bergaul dengan pelajar luar negara dan jangan buat stail hidup kita di Malaysia sahaja yang hanya bergaul dengan sesama kita.”

Pergaulan amat penting untuk kita meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Inggeris atau bahasa asing dengan lebih fasih malahan menjadi kelebihan kepada kita untuk mendapatkan sebarang bantuan di sana melalui komunikasi yang mudah.

Tambahnya lagi, “Kita orang Melayu dan orang Islam, saya minta kepada anak-anak untuk menjaga ibadat dan membatasi pergaulan agar menjalani kehidupan kita dengan aman.”

“Saya berharap agar pelajar yang bakal berangkat ke luar negara ini agar dapat berkhidmat semula kepada negara setelah tamat pengajian nanti kerana kita menjadi keperluan kepada negara”

Majlis penutupan Program Pra Lepasan Pelajar Tajaan MARA Ke Luar Negara telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Azhar Abdul Manaf yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA Pendidikan, Dato’ Mohamed Roseli Bin Dol serta dianjurkan oleh Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.