Program Genius & Pintar Matematik Teknik Fastmaths @ Moh Gogar 2019 KPMB Tarik Perhatian Komuniti Setempat

Cikgu ILMI (tengah) bersama peserta-peserta Program Genius & Pintar Matematik Teknik Fastmaths.

Oleh : Mariyah KPMB & MFH

Beranang, 16 Ogos 2019 – Seramai 120 orang peserta yang terdiri dari komuniti setempat telah menyertai Program Genius & Pintar Matematik Teknik Fastmaths yang diadakan sempena Konvesyen Keusahawanan Siswa IPMA (KONSISMA) @ Moh Gogar 2019 Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB).

Menurut Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA) KPMB, Zainuddin Misran@ Misban berkata program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat belajar kepada peserta yang terdiri daripada para murid yang berumur 9 hingga 12 tahun dalam subjek matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir.

“Program Genius & Pintar Matematik Teknik Fastmaths ini telah memberi pendedahan kepada pelajar dalam menguasai subjek matematik dengan teknik yang mudah, pantas dan inovasi.”

Zainuddin berkata Cikgu ILMI atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Super Matematik mendedahkan rahsia dan formula Teknik inovasi Fastmaths sehingga menarik minat peserta dalam mempelajari dan menguasi asas subjek matematik.

“Penglibatan ibu bapa dalam program ini telah menunjukkan bahawa penekanan yang serius dalam mempelajari dan menguasai Teknik fastmaths amatlah penting dan dititikberatkan. Ibu bapa secara tidak langsung dapat menguasai dan mempraktikkan teknik yang diajar dalam mendidik anak-anak memahami asas subjek matematik,”katanya lagi.

Tambah Zainuddin, program yang mendapat kerjasama strategik dengan Syarikat Cita Services Sdn. Bhd, CR Multimedia Sdn. Bhd. dan Syarikat Azman ini memberi kesedaran pentingnya penguasaan matematik dalam kehidupan dan sebagai persediaan menghadapi ujian-ujian akademik. Malahan ianya juga mampu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek matematik.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.