MARA jayakan Program Qurban Peduli Ummah dan Misi Merdeka

Ustaz Ahmad Sofi (Berdiri : 5 dari kanan) bersama-sama komuniti setempat dalam Program Qurban Peduli Ummah 1440H dan Misi Merdeka Zon Borneo di Semporna Sabah.

Oleh : mfadhly

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2019 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Badan Ugama Dan Kebajikan MARA (BUKM) telah menjayakan Program Qurban Peduli Ummah 1440H/2109 dan Misi Merdeka : Dakwah dan Kebajikan di 5 Zon diseluruh negara bermula 11 hingga 16 Ogos 2019.

Menurut YDP BUKM, Ustaz Ahmad Sofi Abdullah, program ini bertujuan memberi dan membuka peluang kepada warga kerja MARA yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah qurban, selain dapat meringankan beban golongan sasaran yang telah dikenalpasti.

“Selain memberi peluang warga kerja MARA yang berkemampuan melaksanakan ibadah qurban, program ini juga bertujuan menyalurkan sumbangan dan bantuan fizikal serta moral kepada umat Islam dari golongan asnaf, anak yatim, orang asli dan pelarian Rohingya di Malaysia” katanya.

Tambah Ustaz Ahmad Sofi, misi program qurban kali ini disambut dalam bulan kemerdekaan dan setiap rombongan masing-masing membawa bendera Malaysia ke lokasi ibadah qurban selain mengadakan pengisian kerohanian.

“Kami mengibarkan bendera Malaysia di lokasi ibadah qurban dan mengadakan pengisian kerohanian kemerdekaan sebagai tanda penghayatan bulan kemerdekan,”katanya.

Katanya lagi, program ini mendapat kerjasama NGO dan rakan strategik MARA – Yayasan Pelajaran MARA (YPM), GIATMARA, PUSPANITA MARA dan Harta Prima Realities Sdn. Bhd.

“Seramai 94 orang warga kerja MARA terlibat menjayakan misi program kali ini dan sebanyak 14 ekor lembu serta 2 ekor kambing dikorbankan sepanjang program ini dijalankan”katanya.

Lima tempat program qurban yang terpilih mengikut zon adalah Zon Utara (Kg. Gajah, Perak), Zon Tengah (Pandan Indah, Kuala Lumpur), Zon Selatan (Jelebu, Negeri Sembilan), Zon Timur (Kuantan, Pahang) dan Zon Borneo (Tawau dan Semporna, Sabah)

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.