Kejayaan Milik Saharul

Saharulnizam Hakimy Bin Shobri, 19, penerima Anugerah cemerlang Sijil Asasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Anugerah Kepimpinan Pelajar.

Oleh: Akmal Azlan

Nilai, 7 Ogos 2019 – Kebahagiaan keluarga adalah bermula dengan ibu bapa yang mampu membina kebahagiaan buat anak-anak tersayang bagi mendapatkan kasih sayang secukupnya. Saharulnizam Hakimy Bin Shobri, 19, menghadapi ujian hebat ketika ibu bapanya yang bercerai ketika berusia 10 tahun namun tidak menghalang dirinya untuk menjadi penerima anugerah cemerlang Sijil Asasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Anugerah Kepimpinan Pelajar.

Saharul merupakan salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar sebagai Exco Kebajikan dan Aktiviti Pelajar berkata, “Saya berasa sebak pada hari ini kerana dapat naik ke pentas bersama ibu walaupun tanpa ayah seperti orang lain. Saya tetap rasa bersyukur.”

“Cabaran hebat yang saya hadapi adalah dari segi kewangan dan kekurangan kasih sayang lengkap seperti mana rakan-rakan lain yang bahagia bersama orang tua mereka”

“Ibu saya tidak bekerja dan selalunya saya akan bekerja di hotel ketika waktu cuti semester bagi menambah duit perbelanjaan harian dan yuran pengajian.” kata anak kelahiran Kedah itu.

“Untuk berjaya kita perlu korbankan masa yang lebih untuk mencapai kejayaan yang kita impikan. Saya juga yakin kalau kita rajin tolong agama Allah, Allah pun akan bantu kita.”

Saharul menyatakan bahawa dengan adanya bantuan pembiayaan pengajian oleh pihak Majlis Amanah Rakyat sememangnya membantu beliau untuk meneruskan pengajian bagi memperoleh kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan yang beliau ceburi.

Sebulan yang lalu, beliau mengalami kecederaaan di bahagian kaki kerana terlibat dalam kemalangan di sebuah jalan raya dengan menaiki kenderaan motosikal ketika balik pulang kerja ke rumah. Doktor mengesahkan bahawa kakinya perlu mengambil masa 4 bulan penuh untuk kembali pulih kerana tiga tulang terpaksa dipotong kesan daripada kemalangan tersebut.

Saharul bersama ibunya Norriza Binti Man di Hari Graduasi Kolej Mara Banting

Selain itu, beliau berhasrat untuk mengubah nasib keluarga dan membela ibunya di masa akan datang dengan melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau turut menyatakan akan melanjutkan pengajian ijazah dalam bidang Kejuruteraan Data di UTM.

Penyampaian anugerah ini telah berlangsung dalam Majlis Konvokosyen Kolej MARA Banting yang hadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA Yang Berbahagia Dato’ Mohamed Roseli Bin Dol serta diiringi oleh Pengetua Kolej MARA Banting dan barisan kakitangan MARA.

 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.