FESMA Suntik Semangat Patriotisme

Oleh : MFH
media@mara.gov.my

Taiping, 4 Julai 2019 – Penyertaan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam Festival Seni Muzik Tradisional MRSM Semalaysia (FESMA) Ke-8, 2019 berjaya menyuntik semangat patriotisme pelajar melalui kecintaan terhadap seni tradisional yang diwarisi sejak dahulu serta sebagai platform untuk mereka membina dan mengasah bakat dalam bidang seni muzik tradisional.

Menurut Pengarah Pendidikan Menengah MARA, Kamaruzaman Jaafar berkata penganjuran FESMA bertujuan untuk membangun dan mengembangkan bakat pelajar ke tahap keupayaan mereka sepenuhnya.

“Ini merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi membolehkan setiap pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi dalam aspek kecerdasan dan kemahiran yang lain,” katanya.

Tambahnya lagi, aktiviti ini bukan sahaja dapat mengekalkan budaya dan tradisi bangsa malah dapat mengekalkan keharmonian muzikal dan kemahiran lain.

“Selain kecerdasan muzikal, pelbagai kemahiran lain dapat dikembangkan seperti kemahiran kepimpinan, kerjasama dan kolaborasi, penyelesaian masalah, berfikiran kiritis dan kreatif serta komunikasi,” katanya pada Majlis Penutup FESMA 2019 di sini.

Ketua juri FESMA dari ASWARA, Teuku Umar Ilany Teuku Iskandar menyatakan FESMA ini adalah sesuatu yang amat dialu-alukan kewujudannya supaya seseorang itu akan seimbang dengan adanya sifat lahiriah sebagai seorang dalam pengkarya muzik ditambah dengan bidang professional.”

“Apa yang hendak dinasihatkan adalah teruskan apa yang anda minat, lihat diri anda kalau dari segi kedoktoran, biologi and beri ruang untuk anda ekspresi dalam kesenian seperti seni tampak. Kerana seni boleh lihat diri anda dalam abstrak dari sisi yang lain. Seni jiwa raga ini bukan diukur tapi boleh diraikan bersama,” katanya.

FESMA 2019 yang bermula pada 1 hingga 3 Ogos 2019 disertai lebih 700 pelajar dari 47 MRSM seluruh Malaysia. Tiga kategori dipertandingkan antaranya gamelan, caklempong dan ensembal.

Johan kategori gamelan, MRSM Felda Trolak ternyata teruja kerana dapat menewaskan 33 MRSM dalam kategori tersebut.

MRSM Kuala Klawang yang pernah tular dengan caklempong Black Pink dinobatkan sebagai johan kategori caklempong manakala johan kategori ensembal dimenangi oleh MRSM Tun Muhammad Fuad Stephens, Sandakan.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.