Pemain ping pong wanita MARA curi tumpuan

Ika, pemain ping pong MARA beraksi ketika menentang pasukan lawan di Sukanun.

Oleh : MFH

Shah Alam, – Kehebatan seorang gadis cantik bermain ping pong dengan berhijab di Karnival Sukan Badan Berkanun (Sukanun) Malaysia Kali Ke-11 mencuri tumpuan baru-baru ini.

Ini mungkin kerana aksinya yang bermain ping pong begitu sahaja dengan berhijab yang sepatutnya permainan tersebut dimonopoli kaum lelaki. Namun itu tidak menjadi masalah kepada pemain ping pong MARA, Nurismie Hanisah Rohan,25.

Beliau yang senang disapa Ika, berkata beliau sering beraksi di kejohanan ping pong di Sabah sejak kecil dan pernah dipilih mewakili negeri pada tahun 2005 ketika berumur 11 tahun.

“Gadis berhijab bukan penghalang untuk mencuba mana-mana sukan atau dalam ping pong tetapi yang menjadi penghalang adalah diri kita sendiri sama ada mahu ataupun tidak,” katanya ketika ditemui di INTEC, UiTM.

Anak ke tiga dari empat orang adik-beradik ini yang kini bekerja di Pejabat MARA Daerah Ranau, Sabah berkata beliau meminati sukan ping pong sejak berumur 10 tahun lagi.

Beliau juga menjadikan pengalaman ketika mewakili MARA di Sukanun sebagai titik tolak dalam meningkatkan lagi mutu permainannya.

Katanya lagi, keluarga sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepadanya.

Kelincahan pemain dari Jepun, Ai Fukuhara memberi sumber inspirasi kepadanya bagi melihat kemahiran dan corak permainan dalam sukan ping pong.

Ketika ditanya harapan terhadap sukan tersebut, beliau berkata biarpun MARA hanya menduduki tempat ketiga di Sukanun, MARA masih boleh berbangga dengan memiliki pemain wnita yang setaraf pemain kebangsaan.

“Golongan wanita yang berhijab terutamanya kini mampu mencuba apa sahaja sukan yang sering dimonopoli oleh kaum lelaki dan sentiasa berani menyahut cabaran,” katanya lagi yang kini masih aktif mewakili Kelab Ping Pong Papar, Sabah

This entry was posted in Berita Kejayaan, Korporat. Bookmark the permalink.