MARA Raih Gangsa Dalam Acara Ping Pong Sukanun 2019

Pasukan Ping Pong MARA merangkul pingat gangsa acara ping pong berpasukan pada Karnival Sukan Badan Berkanun (Sukanun) Malaysia Kali Ke-11

oleh : MFH

Shah Alam, 24 Julai 2019- MARA hari ini berjaya merangkul pingat gangsa acara ping pong berpasukan pada Karnival Sukan Badan Berkanun (Sukanun) Malaysia Kali Ke-11 di INTEC UiTM, Seksyen 17 di sini.

Pengurus pasukan Hasrulnudin Ahmad berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian pasukan yang terdiri daripada Mohd Fahmin Pauzi, Azman Adam, Mohd Zakir Hashim, Nurismie Hanisah Rohan, Siti Noraza Ali, Omar Azyan Ahmad Alwi, Wan Suhaila Wan Yaacob, Ramlah Deraman, Maswan Mukhtar, Ahmad Suzzaili Abdul Rahim, Mohd Rizuan Majin, Muhd Fadhly Hamzah dan Md Hanafizah Ya’acob (Penolong Pengurus) kerana dapat mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

“Pasukan MARA dapat memenuhi sasaran yang ditetapkan dan juga telah melakukan yang terbaik namun tidak bernasib baik,” katanya di sini.

Barisan depan dari kanan : Mohd Fahmin Pauzi, Nurismie Hanisah Rohan, Siti Noraza Ali, Ramlah Deraman, Wan Suhaila Wan Yaacob. Barisan belakang dari kiri : Hasrulnudin Ahmad (Pengurus), Maswan Mukhtar, Omar Azyan Ahmad Alwi, Mohd Rizuan Majin, Muhd Fadhly Hamzah, Ahmad Suzzaili Abdul Rahim, Mohd Zakir Hashim

Dalam perlawanan separuh akhir, pasukan MARA tewas 2-3 kepada pasukan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menurunkan pemain berpengalaman.

“Kali ini undian kami ke separuh akhir agak bagus dan kami gembira kerana tidak menyangka dapat meraih gangsa sekali lagi pada Sukanun tahun ini,” tambahnya lagi.

Tiada perlawanan penentuan tempat ketiga-keempat dalam acara ping pong sekali gus menyaksikan pasukan yang mara ke separuh akhir bakal mendapat gangsa.

Ahmad Riduan Abdul Rahim. (dari kanan) merangkul pingat gangsa dalam acara olahraga 800m lelaki.

Dalam acara lain , MARA turut merangkul pingat gangsa dalam acara olahraga 800m lelaki yang diwakili Ahmad Riduan Abdul Rahim.

This entry was posted in Berita Kejayaan and tagged , . Bookmark the permalink.