Kolej Mara Banting Lahirkan Pelajar Ilmuan Global

Oleh: Waheeda MN

MARA sentiasa memberi tumpuan dan penekanan dalam pembangunan pendidikan dan sahsiah pelajar.  Konsep yang diketengahkan oleh Kolej MARA ialah “International Baccalaureatte Learner Profile” yang bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran global dan keperibadian  tinggi.

Pada tahun ini, Kolej MARA Banting telah mencipta kecemerlangan dengan mencatat rekod keseluruhan 100 peratus iaitu seramai 146 orang pelajar lulus Diploma International Baccalaureatte.

Berdasarkan purata dan keputusan dunia Kolej MARA Banting memperolehi purata 37.6 poin berbanding purata IB dunia iaitu 29.76 poin. Bilangan pelajar yang memperolehi 35 poin dan ke atas adalah sebanyak 84 peratus.

Jelas menunjukkan Kolej MARA Banting adalah antara pusat Diploma IB terbaik di dunia apabila sentiasa mempamerkan prestasi cemerlang yang konsisten dalam  peperiksaan.

Kolej MARA Banting telah membuktikan keupayaannya melahirkan pelajar cemerlang peringkat dunia apabila  analisis keputusan peperiksaan “International Baccalaureatte” telah mencatatkan purata poin melebihi purata dunia. Kebolehan luarbiasa ini membuktikan sistem yang dipelopori MARA adalah antara yang terbaik di Malaysia dan dunia.

 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.