Prowheels Majukan Anak Tempatan

Iskandar (kiri) dan Wan Adnin (kanan) merupakan antara pekerja di Prowheels

Oleh: Akmal Azlan

Kubang Rotan Kedah, 22 Julai 2019 – Syarikat Prowheels (M) Sdn Bhd. yang dimiliki oleh Encik Solahudin terbukti membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan bahkan menjadi mentor kepada pekerjanya sendiri untuk mengembangkan lagi bakat usahawan muda dalam mengembangkan perniagaan automotif.

Menurut Iskandar Bin Ismail, 35, “Saya mula mengenali Encik Solahudin ketika saya masih menganggur pada tahun 2010 dan kedai Prowheels masih lagi dijalankan secara kecilan pada ketika itu sehinggalah beliau menawarkan peluang pekerjaan kepada saya.”

“Saya telah berkhidmat selama 9 tahun dengan bermula dari bawah sehingga pada hari ini saya dilantik sebagai Branch Manager,” katanya lagi.

Wan Mohd Adnin, 30, turut berkata, “saya berkhidmat di bawah Prowheels selama 3 tahun dengan ilmu dari zero to hero.”

“Hasrat saya sendiri adalah mengembangkan lagi ilmu dalam perniagaan automatif di masa akan datang dengan bimbingan Solahudin sebagai idola usahawan automatif tempatan,” kata Jurujual itu.

Mereka juga melihat pendekatan yang dilakukan oleh Solahudin melalui modul latihan usahawan automatif serta menyediakan khidmat konsultan  amat memberangsangkan semangat usahawan tempatan untuk menceburi bidang ini khususnya kepada golongan muda pada zaman ini.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun telah berkunjung ke Syarikat Prowheels dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat Malaysia(MARA) Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf dan kakitangan MARA.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.