40 U.n.i Klinik seluruh negara menjelang akhir 2020

RINA Harun merasmikan U.n.i Klinik cawangan Mata Ayer, Perlis hari ini.- UTUSAN ONLINE

ARAU 21 Julai – Sebanyak 22 buah lagi klinik perubatan atau U.n.i Klinik, Mara di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan dibuka menjelang penghujung 2020 selepas mendapat sambutan mengalakkan selain memenuhi permintaan orang ramai.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, setakat ini, sebanyak 18 buah klinik di bawah Program Pembangunan Usahawan Profesional (Prospec) itu telah beroperasi di seluruh negara.

Selain itu, jelas Rina, pihaknya juga bercadang untuk membantu usahawan membuka farmasi selepas melihat kejayaan operasi U.n.i Klinik ini pada masa depan.

“Ini adalah antara program untuk membantu golongan profesional menjadi usahawan. Sebelum ini, kita sudah adakan seminar bersama kira-kira 300 orang (doktor perubatan), kemudian 18 daripada mereka yang didapati layak, telah pun membuka U.n.i Klinik di seluruh negara.

“Proses seterusnya adalah mengenai pasti 22 lagi klinik yang menjadikannya sebanyak 40 buah klinik menjelang penghujung 2020. Kita bukan sahaja melahirkan usahawan tetapi dapat membantu memberi perkhidmatan kepada masyarakat sama ada di bandar dan luar bandar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan U.n.i Klinik cawangan Mata Ayer di sini hari ini.

U.n.i Klinik cawangan Mata Ayer di sini yang mula beroperasi sejak 2 Mei lalu merupakan klinik ke-18 ditubuhkan di bawah program berkenaan. Kos pembukaan sebuah klinik U.n.i Klinik adalah sebanyak RM300,000 sebuah menerusi pembiayaan di bawah Prospec.

U.n.i Klinik kini berada di seluruh negara dengan menawarkan konsep perkhidmatan perubatan mampu milik untuk seluruh rakyat.

Tambah Rina, sejak diperkenalkan tahun lalu, klinik berkenaan mendapat sambutan yang baik selain caj yang dikenakan kepada pesakit sangat berpatutan bagi membantu rakyat.- UTUSAN ONLINE

Info:

18 U.n.i Klinik sehingga kini

1.)Mata Ayer
2.)Kuala Ketil
3.)Bertam, Kepala Batas
4.) Kota Damansara
5.)Wangsa Maju
6.)Batu, Sentul
7.)Shah Alam, Seksyen 13
8.) Kota Kemuning
9.) Bandar Sunway
10.) Presint 11, Putrajaya
11.)Crystalville Cyberjaya
12.) Bandar Ainsdale
13.)Bandar Sri Sendayan
14.)Merlimau
15.)Bukit Katil
16.) Bakri
17.)Indera Mahkota 2
18.) Indera Mahkota 3

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perlis/40-u-n-i-klinik-seluruh-negara-menjelang-akhir-2020-1.941298

This entry was posted in Usahawan and tagged , , . Bookmark the permalink.