Kecemerlangan pelajar MRSM dalam SPM 2018 dirai

Ketua Penggarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf (berdiri, tujuh dari kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah MARA serta Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah bergambar bersama penerima anugerah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2018.

KUALA LUMPUR 4 Julai. – Seramai 893 orang terdiri daripada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2018 anjuran Bahagian Pendidikan Menengah MARA di The Pearl Hotel Kuala Lumpur, Jalan Klang Lama, di sini hari ini.

Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf berkata, program yang diadakan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar serta tenaga pengajar MRSM di atas kecemerlangan mereka memperolehi semua A bagi dalam setiap mata pelajaran.

Pada tahun ini, MRSM sekali lagi telah berjaya mengekalkan prestasi kecemerlangan SPM 2018 dengan MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin mencapai keputusan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 1.48, diikuti oleh MRSM Langkawi (GPM 1.52) dan MRSM Taiping (GPM 1.60).

Menurut Azhar, anugerah ini adalah untuk meningkatkan motivasi pelajar dan mengekalkan momentum kecemerlangan dalam bidang kurikulum mahupun sahsiah diri bagi memastikan para pelajar ini dapat menjadi penyumbang terhadap jati diri dan kebolehan daya saing negara.

“Dalam pada itu, pengetua-pengetua MRSM yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi layak menerima pengiktirafan dan penghargaan,” katanya di sini hari ini.

Pada majlis ini, Ketua Pengarah MARA telah menyampaikan anugerah berikut :

• Penyampaian Anugerah 6A* dalam Peperiksaan IGCSE November 2018

• Penyampaian Anugerah Top In The World Award dalam Peperiksaan IGCSE November 2018

• Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Semua A dengan 9A+ dalam SPM 2018

• Penyampaian Anugerah Pencapaian Cemerlang Subjek Elektif Pilihan

• Penyampaian Anugerah Pencapaian Cemerlang Subjek STEM

• Penyampaian Anugerah Pencapaian Cemerlang Subjek Teras

• Penyampaian Anugerah Gred Purata Maktab (GPM) <2.00

• Penyampaian Anugerah Lonjakan GPM Terbaik

• Penyampaian Anugerah Khas : Pencapaian GPM Tertinggi

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Dato’ Mohamed Roseli Dol, Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) MARA, Dato’ Zulfikri Osman dan Pengarah Bahagian Pendidikan MARA, En. Kamaruzaman Jaffar.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.