PELAJAR ULUL ALBAB LUAR BIASA

Oleh: Mohd Taufek Mohd Noh

TERENGGANU, 2 Julai 2019 – Merupakan anak ke 2 dari tiga beradik yang berkeinginan memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) suatu ketika dahulu serta mempunyai cita-cita untuk menghafaz Al-Quran dan berjaya dalam akademik, kini sedang menuntut di tingkatan 1 MRSM Ulul Albab Kota Putra, Terengganu.

Adik Tengku Fathi merupakan pelajar tingkatan 1 di MRSM Kota Putra yang berjaya menghafaz Al-Quran sehingga 8 juzuk dengan mengambil masa hanya 4 bulan dari Februari sehingga bulan Jun. Disamping menghafaz, beliau juga mempunyai keistimewaan yang luar biasa iaitu mampu mengingati nama surah dan muka surat Al-Quran jika di tanya secara spontan.

Beliau yang duduk di aliran Ulul Albab mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajarannya di Qaherah Mesir dalam bidang perubatan kerana dapat mengimbangi ilmu Al-Quran dan akademik, disamping menjadi seorang doctor huffaz yang dapat memberi manfaat dan khidmat bakti kepada masyarakat suatu masa nanti.

“saya tidak akan lupakan jasa guru-guru saya yang pernah mendidik saya dan saya berjanji akan berbakti kepada mereka dan masyarakat suatu masa kelak apabila saya berjaya” ujarnya dengan penuh keyakinan dan merendah diri.

Beliau yang juga menjadikan ustaz Zul ikhwan sebagai idola murobbi kerana sikap yang sanggup berkorban masa dan tidak jemu memberikan tunjuk ajar dan nasihat sehingga saya mampu menghafaz dan mengingati Al-Quran.

Menurut gurunya, ustaz Muhammad Zul Ikhwan Zahari, Fathi adalah seorang pelajar yang sangat meminati hafazan Al-Quran, sangat rajin dan sanggup menerima teguran. Demi Al quran, Fathi sanggup dimarahi asalkan dapat melaksanakan segala yang telah dirancang.

“saya akan pastikan Fathi mengikut kaedah yang telah saya rancang antaranya sentiasa memberi latihan yang secukupnya, istiqomah murajaah setiap hari, menghafaz satu juzuk dalam masa seminggu dan mengingati nama surah dan muka surat”. Dengan cara inilah beliau dapat memberi latihan untuk Fathi mengingati nombor-nombor muka surat sejak awal menghafaz Al-Quran disamping menjaga pemakanan Sunnah.

Semoga keinginan adik Fathi untuk menyertai pertandingan hafazan di peringkat negeri sehinggalah ke peringkat antarabangsa tercapai.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.