Janji Tabur Bakti Di Bumi Sendiri

Dr. Muhamad Zulhasif Mokhtar, 30, alumni University of Manchester, United Kingdom (UK)

Oleh: Ziela Amin

Kuala Lumpur, 3 Julai 2019 – Dr. Muhamad Zulhasif Mokhtar, 30 atau lebih mesra dengan panggilan Hasif, tekad dan berjanji pulang ke Malaysia untuk menabur bakti di tanah air. Anak kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang Kelantan ini merupakan alumni University of Manchester, United Kingdom (UK) .

Menurut Hasif, sekarang adalah masa untuk mencari pengalaman kerja di bumi Manchester dan beliau berkelana di negara itu mempelajari budaya kerja mereka untuk diteladani dan dipraktikkan di negara sendiri.

“Masih terlalu awal untuk pulang ke tanah air memandangkan saya baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Sains Polimer dan Kejuruteraan Tenaga, maka inilah masanya untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman di negeri orang,” kata Hasif.

Hasif bersama isteri dan anak pada hari graduasi.

Beliau yang merupakan pelajar tajaan MARA pernah dinobatkan sebagai Tokoh Mahasiswa serta menerima beberapa Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi sepanjang pengajian beliau di peringkat universiti tersebut.

Dr. Hasif bekerja sepenuh masa sebagai Penyelidik Pascakedoktoran di University of Manchester dan sedang membuat penyelidikan serta jalinan industri tenaga solar yang turut mendapat beberapa liputan di akhbar tempatan UK.

“Salah satu projek usahasama saya bersama supervisor berjaya diiktiraf oleh para akademik (scholars) di UK iaitu Solar Panel Separa Lutsinar (Semi-transparent) dan telah dipatenkan untuk pasaran industri tersebut,” tambah Dr Hasif ketika ditemui bersama isteri, Dr Norashidah dan anak beliau.

This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.