Pendekar MRSM

Cikgu Norrafizan, seorang guru pendidikan PJPK di MRSM Alor Gajah berbakat besar dalam kesenian silat melayu.

Oleh: Akmal Azlan

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2019 –  Guru dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah memiliki bakat yang besar dalam ilmu persilatan semenjak dari bangku sekolah hingga pada masa kini.

Cikgu Norrafizan Binti Mokhlas, 35, merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) itu sememangnya aktif dalam ilmu persilatan serta telah terlibat dalam banyak kejohanan yang dianjurkan sama ada di dalam dan luar negara semenjak zaman persekolahan hingga masuk ke alam universiti.

Katanya, “Semasa melanjutkan pengajian di universiti, saya telah banyak merangkul gelaran johan hampir setiap kejohanan silat yang dianjurkan oleh pihak universiti”

Ujarnya lagi, “Sekarang saya lebih fokus kepada menjadi jurulatih dan juri silat serta dijemput oleh pihak sekolah dan pihak luar untuk menjadi juri dalam kejohanan silat yang dianjurkan”

Beliau turut menyatakan perasaan terima kasih kepada pihak MARA, pentadbiran MRSM Gemencheh dan MRSM Alor Gajah yang sentiasa memberi sokongan baik sepanjang penglibatan beliau dalam seni mempertahankan diri.

Antara pencapaian yang beliau perolehi ialah:

  1. Naib Juara Kebangsaan MSSM Kategori Solo Puteri (2001)
  2. Juara Negeri Selangor anjuran PESAKA dan Pertubuhan Silat Seni Gayong MalaysiaKategori Silat Olahraga Kelas A Puteri/Solo Puteri/ Tempur Puteri (2000-2004).
  3. Juara Tempur Puteri/Juara Jurus Wajib dalam Game IPTA (2002-2006)
  4. Naib Juara Ganda Puteri dalam Asean Game Universiti (2004)

Pencapaian anak didiknya:

  1. 2 pelajar berjaya memperolehi emas di peringkat negeri dan kebangsaan serta terpilih sebagai atlit sukma Negeri Sembilan. (2010-2012)
  2. 4 pelajar johan negeri dan mewakili Negeri Sembilan ke Remaja Kebangsaan Kedah. (2014-2018)
  3. Kejuaraan Silat Olahraga Pelapis Remaja Melaka di peringkat kebangsaan Paroi Negeri Sembilan dan memperolehi 1 perak.

Pada masa ini, beliau masih lagi aktif dalam bidang persilatan meskipun telah berkahwin serta memiliki lima orang cahaya mata.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.