Keluarga mangsa kemalangan melibatkan pelajar MRSM Kota Kinabalu yang maut terima sumbangan dana.

Litalania Stomon, 17, pelajar MRSM Kota Kinabalu yang maut bersama ibunya ketika dalam perjalanan balik ke maktab.

Oleh: Akmal Azlan

Kota Kinabalu, 18 Jun 2019 –  Litalania Stomon, 17, maut kemalangan bersama-sama ibunya Julia Panikir, 42, di jalan raya Kampung Tomis, Jalan Ranau Tuaran pada 9 Jun yang lalu ketika dalam perjalanan balik ke maktab.

Ekoran daripada nahas tersebut, kempen kutipan derma kilat telah dijalankan bagi membantu mengurangkan beban kewangan pengurusan pengebumian mendiang.

Kutipan derma yang diperolehi setakat ini daripada pihak guru-guru, pelajar sekolah, Muafakat, Koperasi MRSM, telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM 27 ,888.65

Selain itu, bapa mendiang Litalania, Encik Stomon Nasir juga menerima sumbangan berjumlah RM 27,500.00 daripada bayaran insuran takaful berkelompok pelajar MRSM.

Pengetua MRSM Kota Kinabalu Tuan Gilbert Wong Kia Kiat menyatakan hasrat simpati atas pemergian dan musibah yang menimpa Litalania dan keluarganya.

“Pihak kami begitu terkejut dan kecewa di atas kehilangan beliau. Pada pandangan saya, beliau merupakan seorang pelajar yang ceria dan aktif di dalam setiap aktiviti di sekolah…”

Ujarnya lagi, “Beliau juga merupakan seorang ahli Lembaga Koperasi maktab yang begitu rajin dalam setiap aktiviti yang dianjurkan koperasi. Kami di sini amat terasa atas kehilangan beliau.”

Selain itu, Litalania turut cemerlang dalam subjek fizik. Menurut gurunya, Nik Norfarahin selaku guru fizik menyatakan bahawa mendiang Litalania seorang pelajar yang baik serta cemerlang dalam setiap subjek terutama subjek fizik.

Katanya, “dia juga sering menawarkan dirinya untuk membantu guru-guru di sekolah.”

Sesi penyerahan cek sumbangan dana kepada keluarga mangsa.

Penyerahan sumbangan cek derma ini telah disampaikan kepada ayah mendiang oleh Encik Suhaimi Zainudin, Pengarah Mara Negeri Sabah di Tamparuli rumahnya semalam. Turut hadir ialah Pengetua MRSM, Tuan Gilbert Wong Kia Kiat serta wakil Pejabat MARA Daerah Tamparuli.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.