Iklan raya KPLB Ipars’ Rival mempersembahkan transformasi usahawan desa ke persada global

KUALA LUMPUR: Kuih raya yang menjadi sebahagian tradisi Aidilfitri setiap tahun menjadi idea utama iklan raya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Tahun ini, KPLB dengan kerjasama Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM) memaparkan iklan raya Ipars’ Rival memaparkan persaingan dua orang menantu, masing-masing usahawan di bandar dan di kampung yang ingin mengambil hati ibu mertua dengan kuih raya.

Iklan raya kali ini juga memaparkan unsur keusahawanan desa masa kini melalui jualan atas talian (desamall online) disamping persaingan, kesefahaman dan akhirnya hormat-menghormati dalam mengukuhkan hubungan silaturahim yang lebih erat.

Selain itu, iklan ini menjadi sebahagian daripada intipati Pelan Pembangunan Harapan KLB antaranya menyampaikan mesej teras KPLB dalam memperkasakan usahawan desa khusus usahawanita serta menyambut pelbagai perayaan agama dan budaya sepanjang tahun.

Terdapat pelbagai babak mencuit hati bagi memastikan hormat menghormati diterapkan dalam masyarakat walaupun mereka usahawan di kampung.

Antara komen netizen di media sosial :

Nurazimah Mohd Asri : πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ terbaik kplb
Amir Hiezrul : Terbaik πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½
Nurul Aziatul Akma HB : KPLB = KPL 8. Nice….
Karim Bin Kasim Haibat : sir Humamuddin Abu Samah n Muhammad Fazly Jamaluddin… salute… utk kplb tue… kpmim tetap dihati…

Tayangan penuh iklan berkenaan boleh ditonton di saluran YouTube, KPLB_GOV Official dan Facebook Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

This entry was posted in Usahawan and tagged , . Bookmark the permalink.