
Dari kiri : Mr Ron Coleman (PAI, FAA), Mr Brian Glenn (PMI, FAA), En. Mohd Roslan Ismail (CEO, AAT), Mr Mejar Singh (Director, QA), En. Mohd Muzamir Bin Abu Bakar (Superintendent, QA).
Oleh: Ziela Amin
Kuala Lumpur, 3 Jun 2019 – Asia Aerotechnic SDN BHD (AAT) anak syarikat MARA telah dianugerahkan Sijil Kelulusan Federal Aviation Administration (FAA) PART 145 daripada U.S. Department of Transportation sekali gus melayakkan AAT selenggara pesawat yang didaftarkan di bawah FAA dan seterusnya melebarkan sayapnya ke pasaran antarabangsa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AAT, Mohd Roslan Ismail kelulusan ini membolehkan AAT selenggara dan baik pulih pesawat dari Amerika Syarikat serta meluaskan perniagaan hingga ke persada dunia.
“Kerjaya dalam industri aeroangkasa ni boleh dikatakan mempunyai prospek yang cerah pada masa hadapan, AAT menghimpunkan tenaga kerja dan jurutera pesawat yang bertauliah dan kompeten di dalam bidang ini sehingga mendapat keyakinan daripada FAA,” kata Roslan.
Tambah beliau ATT mempunyai peralatan selenggara yang efisien serta prosedur syarikat yang mematuhi syarat-syarat FAA.

Hadapan, dari kiri : En. Mohd Roslan Ismail (CEO, AAT), Mr Brian Glenn (PMI, FAA), Mr Leslie.C.McCraw-III (PAI, FAA), Cik Suzie Mitw (Executive, QA), En. Wan Khairuzzaman Wan Harun (Superintendent, Operation), En. Mohd Rosli Mokhtar (Director, Operation (Acting)), En. Mohd Muzamir Bin Abu Bakar (Superintendent, QA).
Belakang : Mr Mejar Singh (Director, QA)