Nurul Jannah dinobatkan pelajar terbaik Biomedical Engineering, Rutgers University, New Brunswick, Amerika Syarikat.

Nurul Jannah menyambut hari graduasi dengan pencapaian cemerlang di Rotgers University, Amerika Syarikat.

Kuala Lumpur, 31 Mei 2019 – Pelajar Cemerlang Nurul Jannah Binti Zamberi, 23, dinobatkan sebagai pelajar terbaik di Rutgers University dalam bidang Biomedical Engineering menjadi kebanggaan buat negara Malaysia.

Selepas Malaysia digemparkan dengan kejayaan Maryam Balqis yang memperolehi CGPA 4.00 di Arizona State University, Amerika Syarikat baru-baru ini, kini pelajar Malaysia menjadi kebanggaan sekali lagi selepas Nurul Jannah menerima Anugerah Samuel Welkowitz Award daripada Rutgers University.

Anak kelahiran melayu Johor yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu cemerlang dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors serta memperoleh CGPA 3.95.

Nurul Jannah antara pelajar lepasan MRSM Tun Ghafar Baba yang melanjutkan pengajian di Foothill Community College, Los Altos, California. Setelah menamatkan zaman persekolahannya di MRSM, beliau telah meneruskan pengajian di dalam American Degree Preparatory Program (MADP) selama dua tahun. Kemudian melanjutkan pengajian Bsc in Biomedical Engineering di Rutgers University, New Brunswick, Amerika Syarikat.

Memetik sumber maklumat Pejabat MARA Washington, “Nurul Jannah memilih bidang ini kerana beliau amat meminati subjek biologi, kimia dan fizik”

“Beliau mengambil dan memanfaatkan peluang ini dengan bijak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya dalam beberapa penyelidikan malah Nurul turut terpilih sebagai Undergraduate Research Assistance oleh universiti ini.”

Antara tajuk penyelidikan beliau ialah “Inventing Nanoparticles for Drug Delivery Purposes to Treat Traumatic Brain Injury”, “Pulse Pressure and Cardiac Arrythmias, dan pada tahun akhir pengajian, beliau menjalankan Senior Design Group Project bertajuk “Noninvasive Arterial Stiffness Detecting Device”.

NJii

“Nurul memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan Samuel Welkowitz Award serta berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar “Matthe Leydt Society” dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey,” kata kenyataan MARA Washington.

Kini, Nurul Jannah mempunyai impian yang besar bagi menyambung pengajian yang lebih tinggi hingga peringkat PHd dalam bidang yang sama.

Oleh itu, rakyat Malaysia dan khususnya buat warga MARA berasa bangga akan pencapaian anak-anak pelajar yang semakin menonjol di mata dunia. Tahniah buat Nurul Jannah!

Oleh: Akmal Azlan

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.