Iklan Raya MARA ‘Rindu’ pupuk semangat persaudaraan

Kuala Lumpur, 28 Mei 2019 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak ketinggalan menerbitkan iklan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Jika sebelum ini MARA menerbitkan iklan raya ‘Rumah Ayah’ pada tahun lepas yang mencecah 130 ribu penonton, iklan raya 2019 kali ini, MARA menggunakan konsep persaudaraan bertajuk Rindu mengisahkan tentang pegawai MARA, Zainol yang sangat komited dengan kerja dan ‘workaholic’ serta sentiasa sibuk dengan kerja-kerja pejabat sehingga melupakan keluarganya di kampung.

Walaupun tidak menggunakan nama besar dalam lakonan, iklan tersebut berjaya menyentuh jiwa netizen dengan mesej yang mendalam tentang kepentingan menghargai ikatan persaudaraan walaupun ibu bapa sudah tiada terutamanya ketika sambutan aidilfitri.

Antara komen netizen :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Sepanjang penggambaran, saya menghayati semangat silaturrahim. Hubungan saya dengan orang yang tersayang dan juga mereka yang berada di sekeliling kita.

“Adalah menjadi tanggungjawab untuk menjaga hubungan silaturahim dengan saudara mara walaupun ketiadaan ibu bapa,” kata pelakon utama juga pegawai MARA, Zainol Abdullah.

Tonton video iklan raya MARA >> http://tinyurl.com/iklanrayamara2019

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.