
Tiga pelajar lepasan MRSM yang berjaya ke Akademi Tentera Amerika Syarikat iaitu Aniq (kiri), Mateshan (tengah), Graze (kanan).
Kuala Lumpur, 15 Mei 2019 – Tiga orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Amerika Syarikat. Pelajar tersebut ialah Muhammad Aniq Hilman Haslimi alumni MRSM Baling, 2013 hingga 2017 manakala Mateshan Varma a/l Subramaniam daripada MRSM Parit, 2013 hingga 2016, dan Grace Sian Ern Hui juga alumni dari MRSM Parit, 2013-2017.
Ketiga-tiga pelajar yang membanggakan ini telah mendapat keputusan tawaran pada awal bulan Mei. Mereka juga merupakan pelajar asasi di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang baru sahaja menamatkan pengajian pada tahun ini. Tawaran yang diberikan kepada mereka berbeza dari segi bidang kenteteraan iaitu navy, darat dan udara.
Syarat kelayakan kemasukan ini ketat kerana calon yang memohon perlu melalui beberapa fasa untuk melepasi syarat-syarat yang telah disediakan. Tiga pelajar tersebut hasil tapisan daripada 100 orang pemohon yang memohon untuk melayakkan diri masuk ke akademi ini.
Antara kriteria dan syarat bagi melepasi pemilihan berdasarkan keputusan SPM sekurang-kurangnya memperoleh 7A ke atas, standard fizikal yang telah ditetapkan, lulus ujian Australian English Test dan beberapa peringkat temu duga oleh pihak UPNM dan pegawai dari Amerika syarikat.
Oleh hal yang demikian, perkara ini menjadi satu kebanggaan buat semua warga Malaysia serta memberi inspirasi kepada semua pelajar MRSM. Selain itu, kita seluruh rakyat Malaysia dan khusus warga MARA mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan yang diperolehi. Kita berharap dengan platform yang cemerlang ini dapat meningkatkan kecermelangan bangsa dan negara.