We Care GSD 2019 Inisiatif Tanggungjawab Sosial KPMB

Beranang, 13 Mei 2019 – Sempena bulan Ramadan, Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) telah mengadakan program We Care GSD 2019 yang merupakan salah satu program tanggungjawab sosial kepada golongan yang memerlukan.

Program bantuan anjuran Jabatan Pengajian AM ini menyasarkan kepada pekerja-pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yang telah memberi khidmat terbaik dalam memastikan kebersihan dan keselamatan KPMB.

Bantuan yang diberikan berbentuk barangan kering untuk kegunaan bulan Ramadan dan juga sumbangan wang tunai daripada warga kerja KPMB.

Pengumpulan dana bagi mengadakan program ini telah diusahakan sejak awal tahun lagi dengan kerjasama pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian AM melalui Jualan Kaseh (jualan pakaian terpakai) dan sewaan gerai jualan sewaktu Kempen Derma Darah di KPMB. Malah seluruh warga KPMB termasuk pensyarah dan kakitangan turut sama menyumbang bagi memastikan program ini berjaya direalisasikan.

Hadir sama bagi menyampaikan sumbangan kepada kakitangan sokongan ini, Pengarah KPMB, Dr Mumtaz Begum dan Timbalan-Timbalan Pengarah KPMB.

Semoga usaha murni ini akan berterusan dan menjadi budaya bukan sahaja di KPMB malah di seluruh Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang lain.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.