Program ‘Ihya dan Ziarah Ramadan 1440H’ Semarak Semangat Ibadah Puasa

Pelancaran Program Ihy’a & Ziarah Ramadan oleh YBhg. Dato’ Mohamed Roseli Bin Dol Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA

Kuala Lumpur, 2 Mei 2019 –Program Ihya dan Ziarah Ramadan 1440H menyemarakkan semangat ibadah puasa dalam kalangan warga MARA.

Menurut Dato Roseli, beliau menggalakkan warga MARA untuk meningkatkan mutu dan kualiti ibadah dengan berinfaq di bulan Ramadan.

“Saya ingin berpesan janganlah kita lepaskan peluang untuk berinfaq pada bulan yang mulia ini, percayalah lagi banyak kita bersedekah akan lagi banyak rahmat dan nikmat dari Allah SWT kepada kita semua,”katanya ketika merasmikan Program Ihya dan Ziarah Ramadan 1440H di Anjung Korporat tingkat 24, Ibu Pejabat MARA.

Tambahnya lagi, selain warga MARA dapat melaksanakan kerja yang hakiki ia juga dapat memperoleh ganjaran yang berlipat kali ganda sempena menyambut bulan Ramadan ini.

“Saya menyeru agar semua warga MARA dapat mempertingkatkan amal ibadah disamping melaksanakan kerja hakiki kerana melalui amalan tersebut kita akan memperoleh ganjaran yang menjadi saham akhirat buat semua umat manusia, Kita sebagai hamba Allah haruslah mempunyai perancangan untuk menjadi peserta yang baik di dalam bulan Ramadan pada kali ini,” katanya lagi.

Antara pengisian program sepanjang bulan Ramadan ini  adalah 3 siri ceramah pada 8,17,dan 23 Mei 2019 manakala pelancaran Tabung Sedekah bermula pada 2 Mei 2019 sehingga 10 Mei 2019, dan program ziarah Ramadan melibatkan warga MARA yang terpilih di seluruh Malaysia khusus buat mereka yang menghidap penyakit kronik dan kritikal.

Inisiatif aktiviti daripada Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) diharap dapat memberi manfaat khususnya kepada warga MARA.

Hadir sama NYDP Ustaz Asri Bin Hassan dan Barisan Exco Bahagian Ugama Kebajikan MARA serta semua Jawatankuasa yang terlibat.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.