Dari aksesori telefon ke Pusat Sehenti Telekomunikasi

Zainal Januri (tengah) bersama-sama Pengurus Kawasan Celcom Johor, Razali Abu Bakar (kiri) dan Pengarah MARA Negeri Johor, Norhashimi Mahat (kanan) semasa pelancaran Celcom Centre Desaru.

Pengerang, 28 April – Bermula dengan perniagaan aksesori dan baik pulih telefon pintar di bawah bimbingan MARA, Zacom Communication kini mengorak langkah apabila dilantik sebagai Celcom Centre Desaru di sini.

Diterajui oleh Zainal Januri, langkah beliau ini juga mencatat usahawan Bumiputera pertama dilantik untuk mengendalikan Celcom Centre di kawasan Zon Selatan.

Satu majlis pembukaan pusat ini telah diadakan yang turut dihadiri oleh Pengurus Kawasan Celcom Johor Razali Abu Bakar serta Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat.

Semoga perniagaan saudara Zainal Januri terus berkembang dan muncul pemain utama dalam industri ini pada masa depan. SYABAS!

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.