Hotel Premiera Ungguli The BrandLaureate SME’s Best Brand Award 2018-2019

KUALA LUMPUR, 19 April – Hotel Premiera telah mendapat pengiktirafan daripada Asia Pacific Brand Foundation (APBF) dan sekaligus merangkul anugerah The BrandLaureate untuk kategori SME’s Signature BestBrands Awards 2018 (Hospitaliti-Hotel) bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Menurut Pengurus Besar Hotel Premiera, Kamarudin Kassim, anugerah ini merupakan satu lagi pengiktirafan yang membanggakan warga kerja Premiera Hotel dan juga MARA Incorporated Sdn. Bhd, anak syarikat MARA.

“Hotel Premiera telah terkenal hingga ke peringkat antarabangsa di mana perkhidmatan, pengurusan dan operasi hotel adalah mesra Islamik serta sentiasa konsisten sehingga berada di tahap yang terbaik,” kata Kamarudin.

Tambah beliau, aspek-aspek lain seperti keselesaan bilik, kebersihan dan fasiliti hotel juga amat penting untuk memberi keselesaan dan pengalaman yang tidak boleh dilupakan kepada setiap tetamunya.

Anugerah ini diharapkan akan menjadi pendorong dan semangat kepada warga kerja MARA Inc dan Hotel Premiera untuk terus cemerlang dan menggandakan prestasi perkhidmatan.

This entry was posted in Berita Kejayaan. Bookmark the permalink.