Smart Education @ 21st Century Classroom MRSM Kubang Pasu Cungkil Kreativiti Pelajar

Kubang Pasu, 15 April 2019: Smart Education @ 21st Century Classroom MRSM Kubang Pasu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Dato’ Mohamed Roseli Dol sempena dengan Majlis Penutupan Karnival Matematik MRSM Se-Malaysia.

Dato’ Mohamed Roseli Dol menandatangani plak perasmian Smart Education @ 21st Century Classroom MRSM Kubang Pasu

Kelas ini menggunakan peranti daripada Apple seperti iPad, Apple TV dan sebagainya yang dijadikan alat pendidikan dan seterusnya dapat mencungkil kreativiti pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran.

Karnival Matematik MRSM Se-Malaysia anjuran Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA diadakan pada 12 hingga 15 April 2019 dengan penyertaan 671 pelajar MRSM seluruh Malaysia.

Objektif penganjuran karnival ini adalah untuk membangunkan pemikiran kritikal, logik dan analitikal pelajar MRSM dan meningkatkan minat yang mendalam terhadap subjek matematik dan komputer serta memberi kesedaran mengenai kepentingan dan keindahan matematik dalam kehidupan seharian.

Turut hadir Pengarah MARA Negeri Kedah, Yahaya Sani, pengetua-pengetua MRSM Zon Utara dan ahli jawatankuasa Muafakat.

This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.