Karnival Institusi Pendidikan MARA teruskan jelajah di Johor esok

Johor Bahru, 29 Mac – Para pelajar lepasan SPM dan STPM serta mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi digesa untuk mengunjungi Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2019 di Plaza Larkin yang bermula esok sehingga Ahad ini.

Melibatkan semua IPMA di bawah satu bumbung, karnival ini merupakan peluang keemasan kepada para pengunjung untuk mendapatkan info peluang melanjutkan pengajian sejajar dengan kelayakan yang dimiliki.

Pengunjung bukan sahaja dapat memproleh maklumat secara terus, malah temuduga juga akan dilakukan serta merta di samping peluang pinjaman pelajaran bagi mereka yang layak.

Menariknya, sistem pendidikan MARA bukan sahaja menawarkan peluang pengajian sehingga ke peringkat tertinggi dalam bidang akademik bahkan turut meliputi bidang teknikal dan vokasional (TVET) yang menjanjikan pelbagai peluang kerjaya untuk diterokai.

Justeru, orang ramai di sekitar Johor dijemput hadir ke karnival ini yang bermula esok!

Info – senarai IPMA yang terlibat:

– Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
– Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
– Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
– German Malaysian Institute (GMI)
– Kolej MARA (KM)
– Kolej Profesional MARA (KPM)
– MARA-Japan Industrial Institute (MJII)
– Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
– GIATMARA
– Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.