EKsel 2019 : Pelajar MARA Diterap Nilai Keusahawanan

Tangkak, 6 Mac 2019 – Usaha menerapkan nilai keusahawanan diteruskan menerusi Ekspo Keusahawan Ledang (EKseL) 2019 bermula pada 6 hingga 9 Mac 2019 anjuran Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang.

Program ini memberi pendedahan keusahawanan dan pengurusan program selain menyemai minat dan membentuk nilai serta budaya keusahawanan di kalangan pelajar.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan khusus kepada orang ramai antaranya Flying fox, Seminar Inspirasi bersama Tuan Mohd Sukor Ibrahim, Investment, Education & Entrepreneur Exhibition (I3E), Serom Fun Run, Bicara AdDeen bersama Imam Muda Azhar dan Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran (IKIM), Karnival Jualan Rakyat, Robocode Skills Challenge (RSC19): Death Race,Ledang Networking Challenge, Futsal Padang, E-Sport Challenge (PUBG) dan Karnival Memanah.

KKTM Ledang menawarkan 5 program pengajian diploma dalam bidang Kejuruteraan Peralatan Bioperubatan iaitu Diploma Kejuruteraan Peralatan Bioperubatan (Therapeutik), Diploma Kejuruteraan Peralatan Bioperubatan (Diagnostik), Diploma Kejuruteraan Peralatan Bioperubatan (Makmal), Diploma Kejuruteraan Peralatan Bioperubatan (Radiologi & Pengimejan) dan Diploma Kejuruteraan Peralatan Bioperubatan (ICT).

Sebarang pertanyaan tentang EKsel 2019 atau tentang bidang pengajian, boleh hubungi KKTM Ledang di talian 06 975 6200 atau melalui pautan sosial media https://www.facebook.com/kktmledang dan pautan laman web http://ledang.kktm.edu.my.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.