Berbasikal agih sumbangan

Bersama Dato Razali bergambar di rumah asnaf pertama. Terima kasih kepada BUKM atas usaha untuk mendapatkan barang sumbangan bagi menjayakan program ini.

Port Dickson, 2 Mac 2019 – Kira-kira 15 orang dari MARA Cycling Club (MCC) berbasikal sejauh 25 kilometer di sekitar kawasan penempatan di Kampung Pachitan untuk mengagihkan sumbangan kepada golongan asnaf.

Kayuhan sempena Ulang Tahun MARA Ke 53 dengan kerjasama MARA Negeri Sembilan dan Badan Ugama dan Kebajikan MARA itu melawat ke 5 buah rumah golongan asnaf yang telah dikenalpasti oleh MARA Negeri Sembilan dengan kerjasama MPKK Negeri Sembilan.

Pengerusi MCC, Jamizan Baki, berkata matlamat program untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga kerja MARA dengan penduduk setempat, selain melahirkan lebih ramai sukarelawan.

Sebahagian daripada team MCC (Mcyclingcommunity) berkumpul sebelum memulakan misi kayuhan amal.

Lebih selesa dengan pengangkutan awam. Misi diteruskan dengan menaiki komuter dari stesen Kuala Lumpur ke Seremban

Walaupun penat berkayuh sempat juga team MCC membantu pasangan ini untuk menukar tayar kereta.

Misi kayuhan ke kampung pachitan bagi memberi sumbangan ke lima buah rumah asnaf yang telah dikenalpasti oleh MPKK dengan bantuan MARA Negeri Sembilan. Checpoint pertama di stesen petronas. Kayuhan bersama Dato’ Razali.

Bersama Dato’ Razali bergambar di rumah asnaf

Akhirnya kami team MCC berjaya sampai ke Dataran Pachitan setelah berjaya menghabiskan misi csr. Lima buah rumah berjaya kami selesaikan.

“Objektif utama penganjuran kayuhan ini untuk melahirkan warga MARA yang sihat dan cergas, program ini juga memupuk semangat beramal disamping mengeratkan hubungan silatulrahim bersama penduduk setempat,” katanya.

Kayuhan amal ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr. Razali Ab Malik yang turut berbasikal bersama dengan pasukan MCC.

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.