Hari MARA 53 Tahun Disambut Sederhana Tapi Bermakna

Kuala Lumpur, 1 Mac 2019- Sambutan ulang tahun MARA ke 53 disambut sederhana tetapi bermakna dimulakan majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat di seluruh pusat MARA termasuk MARA luar negara pada hari ini.

Sambutan Hari MARA diadakan setiap tahun bertujuan bagi memotivasikan komuniti dan warga kerja MARA dalam memastikan kelangsungan aspirasi negara.

Selain Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat, pelbagai aktiviti lain diadakan sepanjang bulan Mac antaranya Sesi Townhall MARA Way Forward bersama Pengerusi MARA, MARA Fun Run 2019, Kayuhan Amal MARA Cycling Club (MCC), Kempen #iluvMARA di media sosial dan Karnival Intitusi Pendidikan MARA (IPMa).

Aktiviti-aktiviti ini membolehkan mereka menghayati perjuangan MARA dalam memartabatkan agenda Bumiputera demi kesejahteraan keharmonian negara, bangsa dan agama serta mengimbau kembali sejarah dan pencapaian sepanjang 53 tahun penubuhan MARA.

Selain itu, ia dapat mengukuh dan membangkitkan semangat kekitaan dan kecintaan yang mendalam terhadap MARA di kalangan warga kerja dan komuniti MARA di samping mengajak warga MARA untuk terus berusaha mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.